·

Aksi Heroik Orang Ramai Selamatkan Keluarga Terbabas ke Dalam Sungai

Sumber : Tiktok

Kita tak pernah tahu bila malapetaka akan melanda, lebih-lebih lagi bila melibatkan keselamatan nyawa keluarga kita.

Baru-baru ini, satu kejadian cemas menjadi perhatian ramai apabila sebuah keluarga terlibat dalam kemalangan ngeri, di mana kereta mereka terbabas dan jatuh ke dalam sungai.

Orang Ramai Bertindak Segera, Selamatkan Nyawa Keluarga Tersebut

Dalam video tular yang dimuat naik oleh akaun @mrkay, kelihatan sebuah kereta telah terbabas dan terjunam ke dalam sungai selepas pemandu wanita tersebut melanggar tiang.

Tanpa membuang masa, orang awam yang berada di tempat kejadian segera bertindak, melompat ke dalam sungai untuk menyelamatkan keluarga tersebut sebelum kereta tersebut tenggelam sepenuhnya.

Syukurlah, semua penumpang berjaya diselamatkan dan berada dalam keadaan selamat.

Kejadian ini mengingatkan kita betapa pentingnya tindakan pantas dalam situasi kecemasan.

@_mrkay_

Akak ni terbabas langgar tiang lampu then jatuh ke sungai..nasib baik abg ni ada..tq org baik

♬ original sound – Mr kay – Mr kay
https://ohbulan.com/laporan-polis-dakwa-artis-wanita-popular-pukul-pembantu-peribadi-tular-sepupu-turut-terlibat/