| |

Netizen Terpedaya, UM Sahkan Dr Sarah Jamal Ahli Geologi Tidak Wujud

Sumber : Vocket

Sejak insiden tanah mendap yang menimpa seorang pelancong wanita dari India, pelbagai teori dan spekulasi mula berlegar di media sosial. Namun, ada satu dakwaan yang benar-benar mengejutkan ramai—seorang ahli geologi bernama Dr. Sarah Jamal dari Universiti Malaya (UM) kononnya mendedahkan tentang “gua kosong besar” di bawah bandaraya Kuala Lumpur.

Namun, kenyataan terbaru dari UM telah memecahkan ilusi tersebut.

“Tiada Dr Sarah Jamal di UM” – Kenyataan Rasmi UM

Menurut Ketua Jabatan Geologi, Fakulti Sains UM, Prof Madya Dr. Meor Hakif Amir Hassan, tiada individu bernama Dr. Sarah Jamal yang berkhidmat sebagai ahli geologi di universiti tersebut. Malah, nama itu juga tidak tersenarai dalam Lembaga Ahli Geologi Malaysia.

Dr. Meor Hakif juga menegaskan bahawa artikel yang tular itu adalah palsu dan tidak berasaskan fakta.

“Staf Jabatan Geologi UM amat berhati-hati dalam memberikan sebarang ulasan berkenaan insiden di Jalan Masjid India yang menyebabkan kehilangan nyawa, memandangkan operasi SAR dan penyiasatan masih berjalan,” tambah beliau.

Walaupun pelbagai teori muncul, punca sebenar kejadian tersebut masih belum dapat dipastikan sehingga kini.

Netizen, berhati-hati! Tak semua yang tular itu benar.

https://thevocket.com/netizen-kena-game-um-sahkan-ahli-geologi-bernama-dr-sarah-jamal-tak-wujud/

Similar Posts