“Yusof Haslam Dedah, ‘Kami Bukan Pengemis Kasih Sayang Anak Sendiri!’ – Syamsul Yusof Dah 5 Tahun Tak Balik Rumah”
Sumber : Vocket
Datuk Yusof Haslam memilih untuk tidak lagi berbicara tentang isu anaknya, Syamsul Yusof, yang sudah 5 tahun tidak pulang ke rumah dan tidak menghubunginya. Menurut Yusof, cerita ini tidak relevan untuk dihebohkan kepada umum kerana ia hanya akan mengundang perkara yang tidak manis.
Sebelum ini, Yusof Haslam mengaku terkejut apabila mengetahui Syamsul Yusof telah memfailkan cerai terhadap Ira Kazar. Dia juga mendedahkan bahawa dia hanya mengikuti perkembangan anak sulungnya itu dari jauh, memandangkan Syamsul sudah lama tidak berhubung atau kembali ke rumah.
Dalam satu kenyataan yang dipetik dari Beautifulnara, Yusof Haslam berkata, “Syamsul dah lama tak hubungi kami, apatah lagi balik ke rumah ini. Jadi untuk saya komen hal ini, macam tak kena sebab saya dan ibu Syamsul tak dapat sebarang perkhabaran.”
Yusof juga mengakui sudah pasrah dengan keadaan itu, dan hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk anaknya. Walaupun kecewa dengan tindakan Syamsul yang berkahwin baru dan menceraikan Puteri Sarah, dia tetap menganggap semua ini sebagai ketentuan Allah.
Yusof menegaskan, dia dan isterinya bukan pengemis kasih sayang anak-anak mereka, tetapi kasih sayang sebagai ibu bapa tidak pernah berubah. “Rumah ini sentiasa terbuka untuk Syamsul, dan dia tahu di mana hendak pulang jika dia mahu,” ujar Yusof, seperti yang dilaporkan oleh Harian Metro.