| |

Longkang Runtuh di Kampung Kerinchi, Lubang Besar Muncul di Jalan Pantai Permai

Sumber : SAYS

DBKL dah tahu pasal ni, jangan risau.

Sebuah longkang runtuh di Jalan Pantai Permai, Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur, mengakibatkan lubang besar terbentuk di kawasan tersebut. Kejadian ini sememangnya buat penduduk di sekitar terkejut besar.

Dalam satu hantaran di Facebook rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pagi tadi, pihak berkuasa mengesahkan bahawa mereka dah ambil tindakan segera untuk mengawal kawasan itu sejak jam 10 malam tadi, 26 Ogos.

Insiden ni berlaku hanya beberapa hari lepas satu kejadian serupa di kaki lima Jalan Masjid India, Kuala Lumpur, di mana seorang pelancong dari India hilang ditelan sinkhole. Satu peringatan lagi tentang bahaya yang mungkin mengintai di bawah kaki kita sendiri.

PERHATIAN : Pihak Osedapdotcom ingin mengingatkan pembaca supaya berfikir panjang sebelum meninggalkan sebarang komen. Kami tidak bertanggungjawab atas komen yang diberikan, dan segala komen adalah hak serta tanggungjawab penulisnya sendiri.

Similar Posts