| |

JDT Uji Kekuatan Singapura: Pertemuan Persahabatan Antarabangsa Bakal Mencuri Tumpuan

Sumber : THEVOCKET

Juara Piala FA 2024/2025, Johor Darul Ta’zim (JDT), dijadualkan untuk bertemu skuad kebangsaan Singapura dalam satu perlawanan persahabatan antarabangsa yang akan berlangsung pada bulan September ini.

Singapura, yang tidak mengatur sebarang perlawanan dengan negara lain semasa jendela perlawanan antarabangsa FIFA dari 2 hingga 10 September, akan menguji kekuatan mereka melalui dua perlawanan persahabatan dengan kelab tempatan dan JDT.

Menurut kenyataan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS), kedua-dua perlawanan tersebut dijadualkan pada 6 dan 7 September. Skuad bimbingan Tsutomu Ogura akan bertemu dengan BG Tampines Rovers dan JDT dalam siri perlawanan tersebut.

Antara pemain yang dipanggil dalam skuad kali ini termasuk kapten Selangor, Safuwan Baharudin, serta Irfan Fandi dan Ilhan Fandi, anak kepada pengendali Sri Pahang, Fandi Ahmad. Bekas pemain JDT, Harris Harun, juga berada dalam senarai dan berkemungkinan besar akan turun menentang bekas kelabnya.

FAS memutuskan untuk mengadakan perlawanan ini kerana tiada lawan yang sesuai dan jurulatih dari Jepun yang dilantik pada 1 Februari lalu memerlukan masa tambahan untuk latihan.

Selepas jendela perlawanan FIFA pada September, Singapura akan bersaing dalam saingan Piala AFF Mitsubishi Electric, di mana mereka diletakkan dalam Kumpulan A bersama Kemboja, Malaysia, dan Thailand.

Similar Posts