·

“Mamat Sertai Dol’s Podcast: ‘Aku Tanya Ni, Kau Setuju ke Tak?’ – Shuib”

Sumber : OHBULAN

Pelawak Mamat kini secara rasmi menjadi ahli terbaru Dol’s Podcast, bergandingan bersama Shuib, Fizi, dan Shuk. Melalui video yang dimuat naik di TikTok, Shuib, yang nama penuhnya Shahmira Muhammad, telah mengemukakan tawaran tersebut kepada Mamat.

“Aku tanya ni, kau setuju ke tak? Tahniah Mamat! Kau dalam Dol’s Podcast.”

Mamat, yang sebelum ini pernah diundang sebagai tetamu, tidak menyangka akan diberi peluang untuk menjadi sebahagian daripada podcast tersebut. Dia meluahkan rasa terima kasihnya kepada Shuib atas tawaran yang dianggap sebagai satu keajaiban.

“Doa aku makbul kalau macam ini. Kau kasi aku nyawa Shuib, selepas aku hilang berbelas tahun. Wallahi, meremang bulu roma. Terima kasih.”

Sebagai seorang sahabat, Shuib turut menyatakan rasa gembiranya apabila Mamat bersetuju untuk menyertai podcast itu, menyebut bahawa kehadiran Mamat akan menghiasi papan iklan Dol’s Podcast bersama mereka.

“Allah yang bagi kau nyawa. Jadi nanti muka kau akan ada dekat billboard Dol’s Podcast. Maknanya dalam podcast ini ada Shuib, Fizi, Shuk, dan Mamat. Sepah Reunion di Dol’s Podcast. Aku sayang kau Mamat, perjalanan yang cukup indah.”

Di ruangan komen, rata-rata warganet menyambut baik kehadiran Mamat dalam Dol’s Podcast dan memberi sokongan penuh kepada pelawak itu.

@shuibsepahtu

Sepah Reunion di Dol Podcast.Tahniah @Mamatsepah_Nana !!! Aku Sayang Kau Mat. Perjalanan yg cukup indah.Yessss Dol Podcast kini ber-4! Doakan kami dan terus support Dol Podcast. @Dol’s Podcast @Fizie Roslan @shuksahar #Dolpodcast

♬ original sound – Shuib Sepahtu – Shuib Sepahtu