| |

‘Terselamat Dari Tanah Runtuh, Kini Memeluk Islam’ – Haridath Kembali Kepada Tuhan

Sumber : SAYS

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah mengesahkan bahawa lelaki India yang hampir terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di Masjid India kini telah memeluk agama Islam.

Menurut gambar yang tular di media sosial selepas insiden tersebut, lelaki yang dikenali sebagai Haridath, seorang warganegara Malaysia, telah mengunjungi pejabat ABIM di Masjid Negara.

“Dia terduduk, kakinya terlunjur ke dalam lubang. Dia serta merta bangun berdiri melarikan diri dari lubang itu. Masya-Allah, semalam di pejabat ABIM di Masjid Negara, pemuda ini datang berjumpa kami dengan dua orang kawannya,” ujar kenyataan tersebut.

Haridath, yang sebelumnya beragama Hindu, dilaporkan membuat keputusan untuk memeluk Islam sejurus selepas kejadian tersebut.

“Sebaik sahaja terselamat, dia terus membuat keputusan hendak masuk Islam secepat mungkin. Dia benar-benar yakin dengan adanya Allah SWT dan Allah SWT telah menyelamatkan dia dari ditelan bumi. Maka dia terus yakin yang Allah sayangkan dia dan dia mesti masuk Islam dan menjadi seorang muslimin,” tambah kenyataan itu.

Kenyataan tersebut juga memaklumkan bahawa pengislaman Haridath dilakukan dalam Bahasa Inggeris. Lelaki berusia 48 tahun yang masih bujang itu dilaporkan sangat terharu selepas memeluk agama Islam.

“Masya-Allah kami semua merasa terharu dengan hidayah yang Allah SWT campakkan kepada beliau serta merta. Dia telah memilih nama barunya Harizan. Berumur 48 tahun. Still single. Ibu bapa sudah meninggal. Dia betul-betul terharu bila kita peluk dia selepas dia mengucap syahadah, berlinang air mata.”

“Marilah sama-sama berdoa supaya Allah terus memberikan taufik hidayah supaya dia terus dapat meningkatkan ilmu agama Islamnya dan diberi iman untuk dia terus beramal mencari keredhaan Allah SWT,” katanya lagi.

Similar Posts