| |

“Drama Syamsul & Ira Tamat! Sah Cerai Talak Satu Lepas Langgar Taklik Media Sosial!”

Kuala Selangor: Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor hari ini mengesahkan perceraian pengarah kontroversi Syamsul Yusof dengan isteri keduanya, Ira Kazar. Sah, jatuh talak satu!

Syamsul, 40, nampak tenang dan bersyukur dengan keputusan mahkamah. “Alhamdulillah, semuanya selesai. Saya tak nak komen lebih, cuma bersyukur semua dah selesai,” katanya ringkas kepada Harian Metro.

Ira Langgar Taklik? Hanya Kerana Post Media Sosial!

Ira, 29, yang keluar dari mahkamah juga tak banyak cakap, hanya ucap “Alhamdulillah, dah selesai.” Tapi yang menariknya, Syamsul ceraikan Ira sebab dia langgar taklik yang ditetapkan Syamsul sendiri — jangan post apa-apa di media sosial! Dan Ira dah langgar peraturan tu sampai lima kali, pertama kali pada 14 Ogos lalu. Alahai, tak sangka perkara macam ni pun boleh jadi punca perceraian!

Peguam Dedah Ira Langgar Taklik, Sah Jatuh Talak

Peguam Syamsul, Azmi Mohd Rais, menjelaskan yang mahkamah mendapati Ira bersalah melanggar taklik. Taklik tersebut berbunyi, kalau Ira post apa-apa di media sosial, jatuhlah talak. Dan betul, mahkamah puas hati yang Ira melanggar taklik tanpa paksaan.

“Jadi, edah Ira dah bermula dari 14 Ogos. Kes di Gombak Timur pun dah tak perlu diteruskan lagi. Saya akan tarik balik kes tu, Syamsul pun tak perlu hadir,” tambahnya.

Selesai Cepat, Tak Ada Drama Lagi

Peguam Ira, Mohd Fadhil Abd Razak, turut berterima kasih kepada mahkamah kerana menyelesaikan kes ni dengan cepat. “Hari ini fokus kepada pengesahan lafaz cerai, dan jam 10.30 pagi tadi, mahkamah dah sahkan yang talak satu dah jatuh.”

Syamsul sebelum ini mengejutkan ramai bila dia failkan perceraian terhadap Ira di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 16 Ogos. Mereka berkahwin secara rahsia di Selatan Thailand pada 6 Januari tahun lalu, dan selepas perkahwinan tu, isteri pertamanya, Puteri Sarah, nekad failkan perceraian. Mereka bercerai secara rasmi pada 14 Jun tahun lalu.

Dengan talak satu ni, episod Syamsul dan Ira nampaknya dah berakhir.

Sumber : Harian Metro

Similar Posts