·

Peraturan Baru Pasar Malam Perlis: Waktu Maghrib, Semua Kena Berhenti Berniaga!

Bermula 15 September, semua peniaga pasar malam di Perlis wajib berhenti berniaga ketika waktu Maghrib. Ya, betul! Peraturan baru ini dibuat supaya peniaga dan pengunjung boleh menunaikan solat dengan lebih tenang tanpa tergesa-gesa.

Waktu Maghrib, Semua Kena Pause!

Pasar malam memang sinonim dengan perniagaan waktu petang hingga malam, dan boleh ditemui di hampir setiap negeri. Tapi di Perlis, mulai bulan depan, peniaga yang beragama Islam kena hentikan operasi selama 20 minit, termasuk 10 minit sebelum waktu Maghrib.

Kenapa Perlu Berhenti?

Menurut EXCO Perlis, Asrul Aimran Abd Jalil, peraturan ini bukan saja untuk membolehkan orang ramai solat dengan selesa, tapi juga seiring dengan program ‘Berhenti Dulu Kita Solat’. Program ini adalah sebahagian daripada kempen ‘Hayya Ala-Solah’ yang bertujuan mengingatkan umat Islam tentang kepentingan solat tepat pada waktunya.

Penguat Kuasa PBT Akan Pantau dan Bagi Teguran

Pada peringkat awal, pihak berkuasa tempatan (PBT) akan turun padang bagi memastikan semua peniaga mematuhi peraturan baru ini. Mereka akan beri nasihat dan teguran kepada peniaga yang masih keliru atau tidak tahu tentang program ini.

Solat di Mana-Mana Pun Boleh!

Asrul juga menekankan bahawa peniaga dan pengunjung boleh solat di mana-mana lokasi yang sesuai, termasuk masjid atau surau berdekatan, atau pun di tapak yang disediakan di pasar malam. Peniaga bukan Islam pula tidak diwajibkan tutup kedai, tapi mereka digalakkan untuk menghormati waktu Maghrib.

Program ini bukan saja untuk peniaga, tapi juga untuk pengunjung. Jadi, lepas ni tak ada alasan lagi nak lewatkan solat Maghrib ketika sibuk membeli di pasar malam.

Sumber : The Rakyat Post