Ira Kazar Muncul Kembali Cari Rezeki Lepas Cerai, Netizen Kagum – ‘Diam Tapi Tetap Berjuang’
Baru je lepas bercerai dengan pengarah kontroversi Syamsul Yusof, Ira Kazar nampaknya tetap tenang dan teruskan hidup macam biasa. Tak ada drama, tak ada komen, dia fokus pada kerjaya.
Promosi Produk Kecantikan Lepas Perceraian
Dalam video TikTok terbaru, Ira, atau nama penuhnya Faghirah Fatini Kazaruddin, dilihat mempromosikan gincu dari koleksi kosmetik. Anak kepada pelakon veteran Kazar Saisi ni sibuk tunjuk beberapa warna gincu yang dia pakai, sambil terus berinteraksi dengan peminat.
Netizen Terus Bagi Sokongan Walaupun Ira Dikecam
Walaupun ada banyak kecaman, ramai netizen tetap puji Ira sebab dia diam je, tak balas apa-apa. Kecantikan Ira juga jadi topik hangat di ruangan komen. Ada yang bandingkan dia dengan pelakon terkenal Bollywood, Deepika Padukone.
Antara komen yang mencuri perhatian:
- “Muka dia ni ada iras Deepika Padukone. Cantik, manis!”
- “Bagus dia pilih untuk diam, fokus pada diri. Lupakan drama, teruskan hidup.”
- “Walau kena cemuh, dia tetap tenang. Lagi ramai kutuk, lagi dia berdiam. Ini yang buat dia nampak mahal.”
Perceraian Disahkan, Syamsul Lafaz Taklik
Pada Khamis, Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor sahkan yang Syamsul dah lafaz cerai taklik terhadap Ira. Kes ni jadi perhatian sebab Syamsul failkan cerai hanya beberapa bulan lepas kahwin. Peguam Syamsul, Azmi Mohd Rais, juga bagitahu Ira dah langgar taklik sebanyak lima kali sejak Ogos lalu.
Untuk rekod, Syamsul dan Ira berkahwin di Selatan Thailand pada Januari tahun lepas, dan Puteri Sarah, isteri pertama Syamsul, sah bercerai pada Jun lalu.
Sumber : Oh Bulan