| |

“Move On Dari Hafidz, Nurul Shuhada Kini Bahagia Di Australia!”

Bekas isteri pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada, kini memulakan hidup baru di Australia dan mengaku hidupnya semakin baik walaupun berjauhan dari Malaysia.

Menurut laporan Kosmo!, sebelum ini Shu pernah meluahkan rasa kecewa dengan nasib hidupnya yang penuh dugaan, termasuklah perceraian yang terpaksa dihadapinya.

Shu Akhirnya Temui Kebahagiaan Di Australia

“Dulu saya selalu tertanya-tanya kenapa Allah uji saya begini, apa salah saya. Tapi sekarang saya faham, Allah sebenarnya nak bagi sesuatu yang lebih baik.

“Kalau dulu hidup saya susah, sekarang Allah bagi kualiti hidup yang jauh lebih baik. Alhamdulillah, saya diberi peluang untuk berada di sini bersama anak-anak. Saya bukan nak berlagak, tapi nak tunjukkan yang Allah takkan uji kita lebih dari kemampuan,” jelas Shu dalam satu siaran langsung di TikTok.

Walaupun begitu, Shu menafikan sekeras-kerasnya dia sedang berkenalan atau bercinta dengan mana-mana lelaki di Australia.

Reda Dan Move On, Tapi Bukan Sebab Lelaki Baru

“Saya kata Allah gantikan dengan yang lebih baik, tapi bukan bermaksud saya dah jumpa lelaki baru. Tidak, saya di sini seorang saja dengan anak-anak, tiada hubungan cinta dengan sesiapa.

“Kita semua ada ujian masing-masing. Saya pun tak sempurna dan pernah buat kesilapan, tapi yang penting kita letakkan Allah sebagai keutamaan,” tambah Shu lagi.

Pindah Ke Australia, Tak Ada Plan Balik Malaysia?

Sebelum ini, Shu dah maklumkan yang dia dan anak-anaknya dah pindah ke Melbourne, Australia untuk sambung pengajian di sana. Dia juga tak menolak kemungkinan untuk terus menetap di Australia dan belum ada perancangan nak balik ke Malaysia dalam masa terdekat.

Sekadar info, Shu dan Hafidz berkahwin pada 30 April 2016 dan dikurniakan dua anak, Humairah dan Umar. Namun, pada 27 Julai 2023, pasangan ini sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam selepas konflik yang melanda hubungan mereka.

Osedapdotcom tidak bertanggungjawab atas komen yang ditulis oleh pembaca. Fikir dengan baik sebelum meninggalkan komen! Kami tidak mampu memantau semua komen. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri

Sumber : Oh My Media

Similar Posts