| |

“Wanita Ini Lahirkan ‘Baby Paling Gebu’ 4.8kg, Semua Kecoh! Milo Ais Setiap Malam Punca?”

Tular di TikTok apabila seorang wanita melahirkan bayi seberat 4.8kg melalui kaedah pembedahan caesarean (czer). Perkongsian dari akaun TikTok @sureracun99 ini mengundang pelbagai reaksi kerana ramai menyifatkan fizikal bayi tersebut kelihatan macam dah bersedia masuk taska!

Bayi ‘Gergasi’ 4.8kg! Satu Wad Kecoh

Wanita bernama Wan Nur Jahidah Wan Muim, 26, melahirkan anak keempatnya di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, pada 1 September lalu, dan memang kecoh habis di wad bersalin. Mana taknya, bayi yang dilahirkan melalui pembedahan ini mencatat berat 4.8kg!

“Saya sendiri tak sangka bayi perempuan saya akan mencecah 4kg lebih. Masa nak bersalin, doktor dah ‘scan’ banyak kali untuk anggar berat. Satu wad kecoh sebab bayi saya paling besar masa tu,” cerita Jahidah.

Menurutnya lagi, jururawat dan doktor semua teruja nak gomol bayi gergasi itu sambil-sambil bagi susu sekali.

Kenapa Pembedahan? Risiko Anak Sebesar Itu

Jahidah turut memberitahu, sebelum ini doktor dah nasihatkan untuk melahirkan secara pembedahan sebab sejarah anak ketiganya yang seberat 3.8kg sebelum ini, di mana bahu bayinya tersangkut ketika lahir. Doktor juga maklumkan bersalin secara normal agak berisiko dan boleh menyebabkan komplikasi serius, termasuk kematian.

Milo Ais Punca Anak ‘Giant’?

Wanita yang berasal dari Machang, Kelantan ini juga tak menolak kemungkinan tabiat minum Milo ais setiap malam menjadi faktor bayi gergasinya. Tapi, Jahidah cepat-cepat tegaskan dia tak ada kencing manis masa mengandung dan tak ikut sebarang diet khas.

“Doktor pun tanya kalau saya ada kencing manis masa mengandung, tapi alhamdulillah, tak ada. Cuma setiap malam memang saya minum Milo ais. Mungkin tu sebab anak saya besar kot. Saya pun tak amal susu ibu mengandung atau apa-apa, makan macam biasa je.”

Tular Tak Sengaja, Cuma Nak Simpan Memori

Wan Nur Jahidah tak sangka perkongsiannya di TikTok akan jadi viral. Katanya, dia cuma muat naik gambar bayi gergasi itu untuk simpan kenangan indah bersama anaknya.

“Tak sangka pun akan viral, cuma nak simpan memori,” tambahnya.

Sumber : Tiktok | @sueracun99

Similar Posts