·

“Pengusaha Kantin MRSM ‘Selamba’ Sound Pengerusi MARA, Najis Cicak & Tikus Buat Netizen Naik Angin!”

Kecoh satu Malaysia bila pengusaha kantin MRSM Taiping didakwa kurang ajar bila disoal tentang kebersihan kantin oleh Pengerusi MARA, Dr Asyraf Wajdi. Keadaan kantin yang teruk, penuh najis cicak, dan tikus berkeliaran menjadi isu besar lepas ada laporan keracunan makanan di sekolah tersebut.

Mengejutkan: Pengusaha Kantin Cakap Lepas Mulut

Menerusi video di TikTok, Dr Asyraf Wajdi mendedahkan beliau terpaksa terjah kantin MRSM Taiping selepas dapat aduan daripada ibu bapa tentang keracunan makanan di sana. Tindakan mengejut ini siap disertakan panggilan telefon kepada pengusaha kantin.

Tapi yang buat ramai ternganga adalah cara pengusaha kantin jawab soalan. Bukan je tak terima kritikan, malah dia siap bagi alasan pekerja tak cukup, sebab tu tak sempat bersihkan kantin. Lepas tu, siap cakap macam ni kat Dr Asyraf, “Kalau tanya staf, diorang memang banyak alasan.”

Bila ditanya tentang menu makanan yang tak selari dengan jadual, dia pula alihkan isu ke harga barang yang naik. “Doktor check dulu harga market sekarang,” kata pengusaha kantin tu lagi, tanpa hiraukan masalah kebersihan yang jelas depan mata.

Ramai Netizen Naik Angin Dengan Respon Pengusaha Kantin

Sikap selamba pengusaha kantin ni buat orang ramai bengang. Rata-rata netizen rasa tindakan pengusaha ni sangat biadap. “Terminate je kontrak dia, dah jelas langgar terma,” komen seorang netizen. Lebih panas, ramai yang terfikir kalau Pengerusi MARA pun dia layan macam ni, apa lagi dengan pengetua atau pelajar?

Isu ni juga tarik perhatian sebab sebelum ni ada kes keracunan makanan di MRSM lain. Salah satunya, telur rebus busuk yang dihidangkan di MRSM Kuala Klawang, Negeri Sembilan. Namun, selepas pemeriksaan, tak ada kes keracunan serius dikesan.

Kontrak Pengusaha Kantin Akan Ditamatkan

Selepas kejadian ini, Dr Asyraf Wajdi tegas takkan berkompromi. Kontrak pengusaha makanan itu bakal ditamatkan serta tindakan undang-undang akan diambil. Video ni terus viral dengan lebih 1.7 juta tontonan dalam masa 8 jam!

Sebenarnya, isu kantin asrama ni dah lama, tapi cara pengusaha ni respon buat orang ramai betul-betul terbakar. Apa pendapat korang?

Sumber : TRP