Suami Kantoi Curang, Lafaz Talak 3 Lepas Alasan Keluar Tabligh Jadi Bualan Netizen!
Kecoh di media sosial baru-baru ini dengan kisah seorang suami yang kantoi curang, sanggup melafazkan cerai talak tiga kepada isterinya. Lebih mengejutkan, lelaki itu menggunakan alasan mahu keluar tabligh untuk menutup perbuatannya.
Kisah ini mula tular di platform X, apabila si suami memberi alasan kepada isterinya bahawa dia akan menyertai jemaah tabligh selama tiga hari di Air Itam, Pulau Pinang. Dia juga meminta isterinya mendoakan dirinya dan memberitahu akan mematikan telefon pintar sepanjang tempoh itu kerana ingin fokus sepenuhnya kepada Allah.
“Dorang ajak, B. Jumpa kat masjid baru-baru ni. Mungkin Allah sayang kita, jadi Allah hantar orang baik untuk ajak kita buat kebaikan,” kata lelaki itu dalam mesejnya.
Rahsia ‘Keluar Tabligh’ Terbongkar
Namun, segala muslihat si suami terbongkar apabila isterinya sendiri terlihat dia berpimpin tangan dengan wanita lain di sebuah bangunan. Lebih menyakitkan, lelaki yang telah dikahwini selama dua tahun itu telah curang sebanyak enam kali sepanjang perkahwinan mereka!
Permainkan Lafaz Cerai, Talak 3 Lepas Kantoi
Apa yang membuat netizen lebih marah adalah tindakan lelaki itu yang mempermainkan lafaz cerai. Pada awalnya, dia melafazkan talak tiga, kemudian menukar lafaznya kepada talak satu selepas kantoi curang. Tindakannya mempermainkan lafaz cerai sewenang-wenangnya membangkitkan kemarahan orang ramai.
Netizen juga berang apabila lelaki tersebut menggunakan alasan agama untuk menutup kesalahannya, seolah-olah cuba melindungi perbuatan curangnya dengan nama agama.
Sumber : Oh my Media