Fazura Minta Cerai Dari Fattah Amin Selepas 7 Tahun Berkahwin
Nur Fazura Sharifuddin, pelakon dan usahawan terkenal, telah memfailkan perceraian terhadap suaminya, Fattah Amin, di Mahkamah Rendah Syariah Petaling pada hari Jumaat. Walaupun Fazura tidak hadir di mahkamah, urusan tersebut dilakukan oleh peguamnya. Sehingga kini, punca perceraian masih belum dinyatakan.
Rumah tangga mereka mula menjadi perhatian selepas mereka dilihat jarang berinteraksi di media sosial dan tidak lagi berkongsi gambar bersama. Fazura dan Fattah berkahwin pada 27 November 2017 dan mempunyai seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya, yang kini berusia empat tahun.
Sumber : Oh Bulan