Kakak Ruhainies Terima DM Lucah, Ditawar RM10k Untuk ‘Video Call’ – ‘Teman Ehem-Ehem, Tapi Tengok Je
Pelakon Nur Risteena baru-baru ini mendedahkan bahawa dia menerima mesej tidak senonoh di media sosialnya. Melalui Instagram Story, Risteena berkongsi paparan mesej daripada individu yang menawarkan wang untuk panggilan video berbaur lucah.
Dalam mesej itu, individu tersebut menawarkan RM3,000 untuk panggilan video dengan permintaan yang tidak senonoh, namun menyatakan bahawa dia hanya akan “tengok sahaja” dan bukan melakukan aksi bersama. Apabila ditolak, individu itu terus menaikkan tawaran hingga RM10,000.
Risteena, yang juga kakak kepada pelakon Ruhainies, menjelaskan bahawa ini bukan kali pertama dia menerima mesej berbaur lucah dari orang yang tidak dikenali. Dia turut mengingatkan orang ramai agar sentiasa berpegang pada nilai agama, memandangkan dunia kini semakin menuju ke arah yang negatif.
Sumber : Oh Bulan