| |

Popular Sampai Disangka Milik Indonesia – Jenama Malaysia Yang Kena ‘Claim’


Dalam dunia perniagaan, ramai pengguna tak kisah sangat tentang asal-usul jenama selagi ia memenuhi keperluan mereka. Hal ini termasuk juga dalam perdebatan panjang antara Malaysia dan Indonesia, terutamanya bila bab produk seperti batik.

Tapi, pernah tak anda tahu ada jenama Malaysia yang terlalu popular di Indonesia sampai ada yang fikir ia milik negara jiran?

Menurut Jembar Digital, beberapa jenama Malaysia berjaya menakluk pasaran Indonesia, dan di sana, ia dianggap jenama tempatan. Salah satu contohnya adalah Maybank, yang dikenali sebagai institusi kewangan terkemuka di Malaysia. Di Indonesia, kehadirannya cukup besar sampai ada yang percaya ia bank tempatan.

Kemudian ada Fipper, jenama selipar dengan reka bentuk minimalis yang menarik perhatian ramai. Rakyat Indonesia pula menyangka selipar ini berasal dari Thailand, sebab ia banyak terjual di pusat beli-belah popular sana. Tapi sebenarnya, Fipper adalah jenama buatan Malaysia!

Yang ketiga, AirAsia – syarikat penerbangan tambang murah yang bukan saja menguasai pasaran ASEAN, tapi juga antara yang terbaik di dunia. Ramai juga rakyat Indonesia yang anggap AirAsia ni syarikat tempatan, terutama dengan tiket murah yang selalu jadi rebutan. Malah, CEO AirAsia, Tony Fernandes, dah buka ibu pejabat di Jakarta untuk kukuhkan lagi kehadiran mereka di sana.

Pasaran Indonesia memang penting buat AirAsia, dan ini buktinya jenama Malaysia memang boleh pergi jauh hingga ke negara jiran!

Sumber : The Vocket

Similar Posts