| |

‘Jangan takat sembang kedai kopi, Saya Cabar Anda Buktikan Saya Buat Laporan Tentang Abang Bas’ – Diana Danielle


Pelakon terkenal Diana Danielle tampil mempertahankan dirinya selepas dituduh membuat laporan terhadap seorang pemandu bas, Abang Bas, yang terlibat dalam kes amang seksual. Diana menegaskan bahawa laporan tersebut bukanlah dari pihaknya, sebaliknya ia adalah tindakan yang diambil oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang diketuai oleh Datuk Seri Nancy Shukri.

Dalam perkongsian melalui Instagram Story, Diana berkata, “Saya sudah keluarkan kenyataan rasmi minggu lepas, bukan saya yang buat laporan. Tindakan itu dibuat oleh kementerian, bukan individu.”

Lebih tegas lagi, Diana mencabar sesiapa sahaja untuk mengemukakan bukti jika mereka mendakwa dirinya sebagai orang yang membuat laporan. “Saya cabar anda untuk buktikan saya yang buat laporan. Terterakan nama saya di mana-mana?”

Diana juga mengingatkan orang ramai agar tidak mudah melatah dan membuat tuduhan tanpa fakta yang sahih. “Nak marah biar tepat. Setakat sembang tanpa fakta, ia cuma menambah kekeliruan.”

Tuduhan terhadap Diana bermula apabila beliau memuat naik kenyataan media pihak polis berhubung penahanan Abang Bas di media sosial, yang disalah tafsir oleh sesetengah netizen sebagai penglibatan langsung dalam laporan polis tersebut.

Sebelum ini, Abang Bas didakwa di Mahkamah Muar, Johor atas pertuduhan amang seksual, namun dibebaskan dengan ikat jamin. Rentetan daripada itu, keluarga Abang Bas menyatakan hasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa individu, termasuk Diana Danielle, yang dikatakan mengundang kecaman terhadap mereka.

Sumber : Oh Bulan

Similar Posts