| |

Azhar Sulaiman Terima Niat Leona Kahwin Muda: ‘Mungkin Dah Capai Apa Dia Nak’


Pelakon veteran, Azhar Sulaiman, tidak melihat masalah jika anak perempuannya, Kasih Iris Leona, ingin mendirikan rumah tangga tahun depan. Bagi Azhar, niat Leona itu mungkin menandakan dia sudah mencapai apa yang diimpikannya.

“Alhamdulillah, dia nak kahwin”

Dalam temu bual bersama OhBulan!, Azhar menyatakan rasa syukurnya apabila Leona, yang juga seorang pempengaruh media sosial, berhasrat untuk berkahwin pada usia muda, sama seperti dia dan isterinya dahulu.

Azhar berkongsi, “Saya berkahwin pada usia 25 tahun. Kalau saya tak kahwin waktu itu, mungkin saya masih bujang hingga sekarang. Saya percaya, Leona mungkin dah dapat apa yang dia nak, sebab itu dia memilih untuk berkahwin awal. Mungkin dia dah bayangkan nak ada keluarga sendiri.”

Walaupun begitu, Azhar, yang belum bersedia untuk menjadi seorang datuk, tetap menyokong sepenuhnya keputusan anak perempuannya itu. Dia turut bergurau, mengatakan cucu-cucunya nanti akan seronok kerana rumahnya penuh dengan koleksi anak patung.

“Apa yang penting, restu kami dulu”

Sebagai seorang bapa, Azhar menekankan kepentingan restu ibu bapa dalam perkahwinan. Dia juga mengharapkan bakal menantunya kelak akan menghormati dan mendapat persetujuan daripadanya serta isteri terlebih dahulu.

“Yang penting, calon menantu saya perlu mendapat persetujuan kami dulu. Selain itu, saya mahukan seseorang yang mempunyai kelulusan akademik. Akademik sangat penting sekarang walaupun sukar nak dapat kerja, tapi sijil tetap mustahak.”

Sebelum ini, Leona, 22, pernah menyatakan hasrat untuk berkahwin pada usia muda, namun mengakui masih belum mempunyai calon suami.

Sumber : Oh Bulan

Similar Posts