·

Ibu Syamsul Yusof Sindir Punca Keretakan Rumah Tangga: ‘Kehidupan Isteri & Anak-Anak Teraniaya Kerana Kamu



Datin Patimah Ismail, ibu kepada pengarah terkenal Syamsul Yusof, mengaitkan kepulangan anaknya ke pangkuan keluarga dengan kuasa doa yang dipanjatkan selama ini. Dalam satu hantaran di Instagram, Patimah kelihatan memberikan sindiran kepada individu yang dipercayai menjadi punca utama kepada keretakan rumah tangga Syamsul dan bekas isteri pertamanya, Puteri Sarah, sehingga membawa kepada perceraian.

Menurut Patimah, “Kepulangan anak saya ke pangkuan keluarga atas doa kami semua. Jangan letakkan kesalahan kepadanya. Kerana kamu yang memulakannya hingga kehidupan isteri dan anak-anaknya teraniaya,” tulisnya, tanpa menyebut secara langsung nama sesiapa. Namun, ramai yang percaya kenyataan itu ditujukan kepada bekas isteri kedua Syamsul, Ira Kazar.

Patimah turut memberi nasihat kepada individu tersebut agar bermuhasabah diri dan merenung kembali tindakan yang telah dilakukan, “Muhasabah lah diri dan keluarga kamu,” tambahnya.

Syamsul sebelum ini mengejutkan ramai apabila akhirnya pulang ke pangkuan keluarga setelah lebih dua tahun tidak bertemu dengan kedua ibu bapanya. Kepulangan tersebut berlaku selepas Syamsul bercerai dengan Ira Kazar pada 5 September lalu.

Untuk makluman, Syamsul dan Ira mendirikan rumah tangga pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand, yang kemudiannya menyebabkan pelakon Puteri Sarah, ketika itu sebagai isteri pertama, nekad memfailkan perceraian. Pasangan ini berpisah secara rasmi pada 14 Jun 2023.

Sumber : Oh Bulan