Influencer Tayang iPhone 16, Padam Komen Boikot: Realiti Menyedihkan boikot hanya sekadar trend dan demi followers
Ketika jualan siri iPhone 16 menjadi bualan hangat di kalangan peminat teknologi, ramai yang tampak terlupa mengenai kontroversi yang melibatkan syarikat Apple, khususnya sumbangan dana kepada regim Zionis Israel.
Kempen boikot terhadap produk yang berkait dengan Israel hanya menjadi retorik di mulut ramai, tetapi dalam realitinya, keinginan untuk memiliki gajet terkini tetap menguasai hati. Ramai influencer tempatan tampil sebagai yang terawal memiliki iPhone 16, bangga menayangkan pembelian mereka di media sosial seolah-olah memenangi anugerah besar.
Seorang pengguna TikTok, @Sophie, berkongsi tangkap layar menunjukkan influencer yang seakan-akan tidak peka terhadap isu boikot Israel. Mereka dengan bersemangat memposting video unboxing iPhone 16 tanpa sebarang rasa bersalah.
Lebih mengecewakan, ada yang lantang menyeru boikot produk lain berkait dengan Israel sambil berkongsi video mengenai penindasan terhadap umat Islam di Gaza, tetapi apabila datang kepada Apple, semua prinsip seolah-olah hilang.
Tidak hanya berbangga, beberapa influencer malah memadam komen dari netizen yang mengingatkan tentang kempen boikot, seolah-olah peringatan tersebut tidak perlu dipedulikan. Apabila ditanya mengenai pembelian iPhone, mereka memberikan pelbagai alasan untuk mempertahankan tindakan mereka.
Sophie meluahkan rasa kecewa, berkata, “Ini bukan sekadar trend. Mereka mempunyai pengaruh yang besar, dan tindakan mereka akan menjadi ikutan bagi peminat.”
Di ruangan komen, ramai netizen menyokong pandangan Sophie, menyatakan betapa sedihnya melihat influencer yang tidak peduli dengan isu boikot, hanya berpura-pura mengambil peduli. Beberapa netizen juga mendakwa ada yang memberi respon sinis terhadap komen tentang boikot, seolah-olah membeli iPhone adalah satu pencapaian yang membanggakan.
Sumber : The Vocket