| |

“Dulu Bertudung, Kini Berani Pakai Skirt Singkat?” – Mawar Rashid Curi Tumpuan Netizen Dengan Penampilan Terbaru


Penampilan terbaru pelakon Mawar Rashid kembali mencuri perhatian netizen selepas dia memuat naik beberapa gambar ‘Outfit of The Day’ (OOTD) di Instagram baru-baru ini.

Mawar, yang pernah dikenali dengan imej bertudung, kini tampil dengan gaya berani apabila mengenakan baju lengan panjang kelabu yang dipadankan bersama skirt pendek berwarna hitam. Aksi posing kandid pelakon ini menimbulkan pelbagai reaksi dari pengikutnya di media sosial.

“Cantiknya Mawar… Tapi, skirt tu tak terlalu singkat ke?”

Sekadar info, Mawar pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan Raf Yaakob pada November 2017, tetapi hubungan mereka berakhir dengan perceraian pada November tahun lalu. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang anak.

Namun, apa yang lebih menghangatkan perbualan dalam ruangan komen adalah perbandingan antara imej lama Mawar yang bertudung dan penampilannya kini yang dianggap lebih ‘terbuka’. Ada yang memuji kecantikannya, namun tidak kurang juga yang berpendapat imejnya kini terlalu berani.

“Dulu bertudung, sekarang dah macam K-pop pula…”

komen seorang netizen yang membandingkan pelakon ini dengan selebriti Korea Selatan.

Meskipun begitu, ramai juga yang terus memuji kejelitaan Mawar, dengan menyatakan bahawa penampilannya tetap menawan walau apapun gaya yang dipilihnya.

Apa pendapat anda? Adakah ini satu bentuk ekspresi diri, atau sudah mula melangkaui batas?

Sumber : Oh Bulan

Similar Posts