“Teguran ikhlas atau aib? Datuk Seri Vida nasihat Caprice hentikan konten yang mengaibkan – cukup-cukuplah.”
Datuk Seri Vida tampil dengan teguran terbuka kepada Caprice, mendakwa konten-konten yang dimuat naik oleh penyanyi rap itu kebelakangan ini lebih mengaibkan daripada memberi kesedaran.
Dalam video yang dikongsikan di Instagram, Vida menyatakan bahawa hatinya terasa terpanggil untuk memberi nasihat kepada Caprice, yang dianggap seperti adik dan rakan dalam industri.
Menurut Vida, dia sebelum ini suka mengikuti konten Caprice yang memberi maklumat viral, namun kini berpendapat bahawa beberapa posting, terutama berkaitan isu ‘abang bas’, mula menimbulkan rasa tidak selesa.
Vida juga menyebut dia lebih gemar menonton konten Caprice bersama isteri dan anak, berbanding konten yang dianggapnya mengaibkan individu lain. Dia menasihati Caprice agar mengalihkan fokus kepada isu-isu kesedaran lain tanpa mengaibkan sesiapa.
Dalam teguran itu, Vida turut meluahkan rasa kasihan apabila melihat Caprice kehilangan ramai pengikut di media sosial. Dia berharap Caprice memahami teguran ikhlasnya dan menambah bahawa dia terpaksa menyuarakan hal ini secara terbuka kerana merasa direct message (DM) tidak berkesan.
Sumber : Oh Bulan