| |

Semakin Laris Lepas Menjanda, Siap Bagi ‘Hint’ Bakal Jadi Penyanyi! “Betul Ke saya makin Cantik” – Ira Kazar


Selepas perceraiannya dengan Syamsul Yusof disahkan pada 5 September lalu, Ira Kazar nampaknya tak ada masa nak duduk diam. Ketika ditemui oleh media, Ira, atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin, berkata hidupnya kini lebih tenang dan banyak rezeki yang datang termasuk tawaran untuk jadi penyanyi!

“Alhamdulillah, semuanya okay saja.”

Bukan sekadar ‘job review’ produk, Ira juga berkongsi yang dia mungkin akan keluarkan single! Nampaknya, bukan Syamsul je yang dah move on, Ira pun dah sedia cipta nama dalam bidang baru.

“Saya banyak buat review, shooting sikit-sikit… tawaran nyanyi pun ada. Insya-Allah, kalau ada rezeki, mungkin keluar single,” kata Ira, memberi ‘hint’ mengenai masa depannya yang semakin cerah.

Namun, yang paling menarik perhatian adalah komen netizen yang mengatakan Ira makin cantik lepas jadi solo. Nak tahu apa reaksi dia?

“Betul ke saya makin cantik?” ujarnya sambil tersenyum. Tak lupa, Ira berterima kasih kepada semua yang memberi komen positif.

Sebagai rekod, perceraiannya dengan Syamsul berlaku selepas mahkamah mengesahkan lafaz cerai taklik yang dibuat oleh Syamsul. Syamsul sendiri sebelum ini memfailkan perceraian atas alasan tiada persefahaman, sementara bekas isteri pertamanya, Puteri Sarah, juga telah berpisah secara rasmi beberapa bulan sebelum itu.

Sumber : Oh Bulan

Similar Posts