| |

Yusuf Azmi Cabar Caprice Jumpa Berdepan – “Kita Tengok, Kau Sembang Macam Mana”


Pengerusi Persatuan Pengguna Semboyan 1 Malaysia (Semboyan), Yusuf Azmi, telah mencabar Caprice untuk bertemu secara berdepan selepas pempengaruh itu ‘menyeru’ namanya sejak semalam dengan memuat naik gambarnya bersama beberapa individu dipercayai pengikut GISBH.

Yusuf Ajak Bertemu

Dalam perkongsian di media sosial, Yusuf Azmi mengajak Caprice, atau nama sebenarnya Ariz Ramli, untuk datang bertemu dengannya di Semboyan selepas memerli mengenai penjualan baju yang dilakukannya.

Surat Terbuka Dikeluarkan

Yusuf berharap Caprice tidak hanya berani ‘sembang’ di media sosial tetapi dapat datang bersemuka. Susulan itu, dia dan pihak Semboyan telah mengeluarkan surat terbuka kepada Caprice untuk bertemu dan meluahkan ketidakpuasan hatinya yang sering memetik nama Yusuf Azmi.

“Surat terbuka untuk Ariz Ramli atau Caprice. Pihak Semboyan Malaysia menjemput Caprice untuk berdepan dengan kami dan bercakap tentang apa yang tidak puas hati. Kami masih menganggap anda seorang lelaki,” tulisnya.

Balasan Caprice di Ruangan Komen

Melalui ruangan komen, Caprice membalas surat tersebut dan menyatakan kesediaannya untuk berjumpa dengan Yusuf Azmi serta pihak Semboyan Malaysia. Namun, dia juga memerli dengan menyatakan mahu menghantar invoice kerana jualan jersi sedang meningkat.

“Boleh-boleh. Tapi alang-alang sales jersi tengah meningkat ni, Cap nak hantar invoice,” tulisnya di ruangan komen.

Nama Yusuf Azmi Kena ‘Petik’?

Sebelum ini, permasalahan antara mereka tular di media sosial apabila Caprice memuat gambar Yusuf Azmi bersama pihak Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) yang kini hangat diperkatakan.

Semoga permasalahan antara mereka dapat dijernihkan walaupun punca sebenar cabaran di media sosial ini masih tidak jelas, selain berkaitan dengan jualan pakaian seperti yang dinyatakan.

Sumber : Oh My Media

Similar Posts