| |

‘Tinggal Otak Di Sempadan Ke?’ – Rakyat Thailand Kecam Sikap Tidak Bertanggungjawab Rakyat Malaysia

Sikap parkir tidak bertanggungjawab segelintir rakyat Malaysia kini menjadi bahan bualan hangat di Thailand, dan tidak hairanlah jika ada yang bertanya, “Tinggal otak di sempadan ke?”

Kali ini, kejadian sebuah kenderaan dengan nombor pendaftaran Malaysia mencuri perhatian netizen selepas berani parkir sesuka hati di Hatyai, Thailand. Namun, insiden terbaru di Thepha, Thailand membangkitkan kemarahan penduduk tempatan apabila sebuah kereta dipercayai milik rakyat Malaysia dirakam parkir secara serong sehingga merampas tiga ruang parkir sekaligus!

Gambar tersebut dikongsi oleh seorang pengguna Facebook, รอฟีอ๊ะ หมัดโส๊ะ, yang mengiringi hantaran itu dengan kapsyen pedas, “Ini kes lain. Orang Thailand semua dialu-alukan ke lot parkir Malaysia di Thailand. Kepada jiran kita, tolong hormati dan patuhi peraturan negara kami.”

Kapsyen ini membuat ramai rakyat Malaysia yang merasa malu terhadap tindakan tidak bertanggungjawab segelintir pemandu negara ini. Banyak komen yang menggelengkan kepala dan mengharapkan maaf bagi pihak pemandu tersebut, termasuk komen sinis seperti, “Maafkan mereka, mereka tinggalkan otak di sempadan,” dan “Malu betul, memalukan nama Malaysia.”

Sudah tiba masanya untuk kita sedar bahawa tindakan parkir sesuka hati bukan sahaja melanggar peraturan jalan raya, tetapi juga mencemarkan imej negara kita di mata dunia. Apakah kita perlu terus berdepan dengan stigma buruk ini, atau adakah sudah tiba masanya untuk berubah dan menjaga maruah negara?

Sumber : The Vocket

Similar Posts