| |

“Apa Kurangnya Indonesia?” – Netizen Seberang Persoal Mengapa Khabib Hanya ‘Upload’ Gambar Di Malaysia

Kehadiran kali ini juga menandakan lawatan pertama Khabib ke Malaysia, dan dia tidak melepaskan peluang untuk merakam momen-momen berharga di ibu negara, termasuk gambar di hadapan menara berkembar Petronas, yang kemudian dimuat naik di akaun Instagramnya sebagai kenangan.

Namun, tindakan Khabib memuat naik gambar di Kuala Lumpur telah mencetuskan reaksi dari netizen Indonesia yang mempersoalkan mengapa tiada gambar ketika kunjungannya ke Indonesia sebelum ini. Seorang netizen Indonesia bertanya,

“Sudah datang ke Indonesia tapi yang dimuat naik ketika di Malaysia. Apa kurangnya Indonesia?”

Kritikan dari netizen seberang tidak berhenti di situ, malah ada yang memenuhi ruangan komen hantaran Khabib dengan memburukkan Malaysia dan membangkitkan semula isu kontroversi berkaitan batik yang pernah menjadi perbalahan antara kedua-dua negara.

Namun begitu, netizen Malaysia kekal tenang dan meluahkan rasa gembira dengan kunjungan Khabib ke negara ini, tanpa melibatkan diri dalam perdebatan yang tidak perlu. Khabib terus diraikan sebagai tetamu istimewa di Malaysia, di mana peminatnya di sini menyambutnya dengan penuh hormat dan keterujaan.

Sumber : The Vocket

Similar Posts