·

Fattah, Fazura Sah Bercerai Talak Satu Selepas 7 Tahun Berkahwin

Pasangan selebriti terkenal Fattah Amin dan Nur Fazura akhirnya sah bercerai talak satu selepas tujuh tahun melayari bahtera perkahwinan. Lafaz cerai dilakukan di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada pagi Isnin, kira-kira jam 9.45 pagi, di hadapan Hakim Syarie Abdul Malik Soleh.

Permohonan Cerai pada 13 September

Pada 13 September 2024, Nur Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 41, memfailkan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah. Semasa sebutan kes pertama pada 25 September, mahkamah memberi peluang kepada pasangan itu untuk menyelesaikan konflik rumah tangga di luar mahkamah sebelum tarikh sebutan semula pada 7 Oktober.

Perjalanan Perkahwinan Mereka

Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017, dan sepanjang perkahwinan mereka, pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya, yang kini berusia tiga tahun.

Perceraian mereka mengejutkan ramai peminat kerana hubungan mereka sering dilihat bahagia dan mesra.

Sumber : Oh Bulan