| |

Shaniena Natasya Termakan Daging Babi Ketika Bercuti Di Luar Negara – ‘Masa Tu Dah Rasa Lain..Nak Termuntah, Tak Lalu’

Pempengaruh dan usahawan Shaniena Natasya berkongsi pengalaman kurang menyenangkan ketika bercuti di Amsterdam baru-baru ini. Dalam sesi siaran langsung di TikTok, Shaniena atau lebih mesra dipanggil Niena mendedahkan bahawa dia secara tidak sengaja termakan daging babi ketika menjamu selera di sebuah hotel.

Menurut Niena, kejadian itu berlaku sewaktu dia sedang menikmati makanan sementara menunggu waktu ‘check-in’ hotel.

“Masa tu dah rasa lain…”

Niena menjelaskan bahawa dia mula merasa ada sesuatu yang tidak kena selepas makan sepotong sosej. Dia kemudian meminta pembantu peribadinya, Alia, untuk bertanya kepada pelayan restoran tentang kandungan makanan tersebut, dan mereka mendapati bahawa sosej itu mengandungi daging babi.

“Aku rasa nak termuntah, tak lalu.”

Niena juga menambah bahawa pembantu peribadinya sebelum ini selalu memastikan makanan yang dipesan bebas daripada kandungan babi, tetapi kali ini terjadi kesilapan.

“Selalu Alia akan tanya dulu dekat kedai, tak tahu macam mana boleh tersalah pesan.”

Selepas menyedari situasi tersebut, Niena dan Alia tidak lagi meneruskan makanan di restoran itu dan sebaliknya membuat pesanan dari kedai makan halal.

Shaniena, yang sebelum ini beragama Buddha, mendedahkan bahawa dia telah memeluk agama Islam dan berkahwin dengan suaminya, Choudhry Wasim, pada Mei tahun lalu.

Sumber : Oh Bulan

Similar Posts