·

Netizen Indonesia Panas, Mat Saleh Dedah Sampah di Malaysia Didakwa Berpunca Dari Warga Asing Indonesia?

Bila bercakap soal kebersihan, rakyat Malaysia sering mendabik dada, merasa dirinya lebih bersih dan berdisiplin berbanding negara jiran seperti Indonesia. Namun, adakah benar dakwaan bahawa sampah yang bertaburan di Malaysia sebenarnya berpunca daripada warga asing, terutamanya dari Indonesia?

Seorang mat saleh akhirnya tampil untuk ‘membongkar’ kebenaran ini dengan menjelajah Malaysia dan mendedahkan realiti kebersihan di negara ini. Meskipun Malaysia sering dilihat sebagai negara yang lebih bersih, video lelaki ini menunjukkan sebaliknya. Di Borneo dan beberapa kawasan lain, persekitaran penuh dengan sampah-sarap, termasuk di kawasan perairan, menimbulkan persoalan besar tentang siapa yang sebenarnya bertanggungjawab.

“Aku lihat ramai orang buang sampah sesuka hati di jalanan. Di lautnya pula penuh dengan polusi sampah,” jelasnya sambil merakam keadaan yang mencemarkan pandangan.

Dakwaan sebelum ini yang menyatakan himpunan sampah di Malaysia berpunca daripada pendatang asing, termasuk warga Indonesia, dilihat semakin mendapat perhatian. Namun, lelaki ini menolak dakwaan tersebut dan berpendapat bahawa rakyat Malaysia juga tidak jauh berbeza dari segi tabiat membuang sampah.

Warga Asing atau Rakyat Tempatan? Realiti Kebersihan Yang Tersembunyi

Apa yang lebih mengejutkan adalah bila lelaki ini mendakwa masalah ini bukanlah berpunca daripada pelancong atau pendatang semata-mata, tetapi juga rakyat Malaysia sendiri yang tidak menjaga kebersihan. Penggunaan plastik yang berlebihan serta kurangnya sistem pengurusan sampah yang berkesan menambah buruk keadaan.

“Ini bukan soal warga asing atau pelancong. Ini tentang kebiasaan kita semua yang tak peduli soal kebersihan,” tegasnya lagi.

Namun, video ini mencetuskan reaksi berbeza dari netizen Indonesia, yang tidak bersetuju apabila sering disalahkan sebagai punca masalah kebersihan di Malaysia. Mereka menolak keras dakwaan bahawa sampah di Malaysia berpunca daripada warga Indonesia yang tinggal di sana, malah menegaskan bahawa Malaysia perlu bertanggungjawab atas masalah mereka sendiri.

Kenyataan Yang Sukar Diterima, Tapi Tepat?

Walaupun ada yang terasa dengan kenyataan ini, beberapa netizen Malaysia tampil mengakui bahawa kesedaran mengenai kebersihan di kalangan rakyat Malaysia memang masih rendah. Isu ini membuka mata ramai bahawa sikap individu, tanpa mengira asal-usul, adalah faktor utama yang menyumbang kepada masalah kebersihan di Malaysia.

Sumber : The Vocket