“Adira Suhaimi Dituduh Bersekedudukan Dengan Bekas Suami, Tapi Rumah Penuh 16 Orang! Ini Penjelasannya”
Penyanyi terkenal, Adira Suhaimi, tampil menafikan dakwaan bahawa dia bersekedudukan dengan bekas suaminya, Datuk Red, selepas bercerai pada April lalu. Isu ini mula timbul selepas mereka dilihat muncul bersama dalam beberapa sesi ‘live’ yang dilakukan untuk perniagaan mereka.
Dalam satu temu bual bersama OhBulan!, Adira menjelaskan bahawa bekas suaminya hanya datang ke rumah untuk melakukan sesi ‘live’ perniagaan. Menurutnya, terdapat ramai orang di rumah pada masa itu, bukan hanya mereka berdua.
“Status saya masih ibu tunggal dan kami tidak tinggal serumah. Saya tinggal bersama keluarga, dan dalam rumah ada 16 orang semuanya. Jadi, jangan risau, semuanya selamat,” jelas Adira.
Dia juga meminta orang ramai untuk menonton sesi ‘live’ dari awal hingga akhir sebelum membuat sebarang spekulasi. “Kalau boleh, saya nak elak ‘live’ bersama kerana tidak mahu mulut netizen buat spekulasi yang bukan-bukan.”
Soal Jodoh Serah Pada Allah
Apabila ditanya mengenai kemungkinan untuk kembali bersama dengan Datuk Red, Adira secara ringkas menjawab bahawa soal jodoh itu adalah ketentuan Allah. Dia memilih untuk fokus kepada anak-anak mereka dan tidak mahu terlalu memikirkan soal perhubungan semula.
“Kami memilih untuk tetap berbaik demi anak-anak. Jika ada jodoh, adalah. Kalau tiada, tidak mengapa. Saya tidak mahu komen lebih sebab semua sudah tertulis. Kita hanya perlu menjalani kehidupan.”
Menurut Adira, dia kini lebih memberi tumpuan kepada anak-anak dan kerjayanya, dan enggan membenarkan perkara-perkara negatif mengganggu emosinya. “Status ibu tunggal memotivasikan saya. Fokus saya adalah anak, keluarga, dan kerja. Saya tak akan biarkan ruang untuk perkara negatif masuk.”
Dengan penjelasan ini, Adira berharap netizen dapat memahami situasi sebenar dan berhenti membuat spekulasi tanpa mengetahui keseluruhan cerita.
Sumber : Oh Bulan