Watie Dedah Shuib ‘Up’ Duit Nafkah Lepas Kes Fattzura – ‘Ambil Iktibar Dalam Diam’
Watie Hanifiah, isteri kepada pelawak dan usahawan Shuib, mendedahkan bahawa suaminya kini memberikan nafkah yang lebih tinggi berbanding sebelumnya. Walaupun tidak mendedahkan jumlah sebenar, Watie mengakui bahawa sejak kes perceraian antara pelakon Fazura dan Fattah Amin (Fattzura), Shuib telah meningkatkan jumlah nafkah yang diberikannya.
Shuib ‘Up’ Duit Nafkah
Dalam satu perkongsian di media sosial, Watie menunjukkan tangkap layar transaksi pindahan wang yang dibuat oleh Shuib sebagai nafkah. Walaupun Watie tidak pernah mengadu tentang jumlah yang diterima, dia menyatakan suaminya mungkin mengambil iktibar daripada kes Fattzura.
“Alhamdulillah, sejak kes Fattzura, suami ‘up’ duit nafkah. Walaupun bini tak pernah mengadu tak cukup, tapi mungkin dia jadikan iktibar dalam diam,” kata Watie.
Pengajaran Buat Pasangan Suami Isteri
Watie juga sempat memberi nasihat kepada pasangan suami isteri agar bertolak ansur dan mengambil pengajaran daripada kisah orang lain, seperti kes Fattzura, agar hubungan rumah tangga terus harmoni.
“Suami isteri sepatutnya jadikan pengalaman dan kisah orang lain sebagai pengajaran. Rumah tangga ini untuk kita nikmati bersama, suka duka, susah senang sehingga ke nafas terakhir,” tambahnya lagi.
Kes tuntutan nafkah semakin hangat diperkatakan sejak Fazura mendedahkan bahawa nafkah menjadi salah satu faktor yang menyumbang kepada perceraian dengan bekas suaminya, Fattah Amin.
Sumber : Oh Bulan