| |

Ameera Khan: “Jejaka Indonesia Lagi Romantik, Lelaki Malaysia Buat Cinta Jadi Toksik!”

Pempengaruh terkenal, Ameera Khan baru-baru ini mengejutkan ramai apabila dia mengakui lebih tertarik dengan jejaka Indonesia berbanding lelaki Malaysia, mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan peminat dan netizen!

Lelaki Malaysia Tak Cukup ‘Sweet’?

Dalam sesi siaran langsung di platform media sosialnya, adik kepada Noor Neelofa ini tanpa berselindung mendedahkan bahawa dia sedang mencari lelaki yang tepat sebagai pasangan hidupnya, tetapi dengan satu syarat—dia lebih suka jika lelaki itu berasal dari Indonesia! Ameera dengan berani menyatakan bahawa lelaki Malaysia seringkali menjadikan hubungan cinta menjadi toksik.

“Saya dah jumpa ramai lelaki Malaysia, mereka baik…tapi lama-lama hubungan jadi toksik. Orang Indonesia pula, mereka sangat ‘soft spoken’, romantik, dan tak buat hidup kita jadi susah. Bila call, mereka cakap ‘hi cinta, buat apa tu’. Romantik habis!” ujar Ameera sambil tersenyum, jelas sekali menggambarkan kekecewaannya dengan lelaki tempatan.

Cinta Toksik vs ‘Hi Cinta’ – Pilihan Ameera Jelas!

Pengakuan berani Ameera yang membandingkan lelaki Malaysia dan Indonesia ini telah mencetuskan kontroversi besar, terutamanya apabila dia secara terang-terangan menyatakan bahawa pengalaman cintanya dengan lelaki Malaysia sering kali berubah menjadi toksik. Netizen tempatan, terutamanya lelaki, mula memberikan reaksi marah dan rasa tidak puas hati dengan kenyataannya itu, mempersoalkan kenapa Ameera lebih menyukai jejaka seberang.

“Kalau terlalu mencintai, hubungan itu jadi toksik. Orang Indonesia pula tenang, memahami, tak buat drama!” tambah Ameera lagi, seolah-olah menyiram minyak ke api.

Ameera Cari Jodoh Seberang?

Menutup sesi siaran langsungnya, Ameera berkata bahawa dia masih dalam proses mencari jodoh, tetapi kini lebih terbuka untuk menjalin hubungan dengan lelaki dari luar negara. “Mungkin jodoh saya orang Indonesia, Mesir, atau Malaysia. Tapi kalau orang Indonesia, mereka lebih tahu cara nak jaga hati,” katanya.

Kenyataan kontroversi ini pasti menambah ‘spice’ dalam kehidupan peribadi Ameera yang sering menjadi tumpuan ramai. Adakah ini petanda Ameera akan beralih arah kepada jejaka seberang? Sama-sama kita tunggu!

Sumber : Oh Bulan

Similar Posts