“Fattah Amin Tolak Komisen Kambing Perap, Pilih Untuk Derma Pada Golongan Memerlukan!”
Pelakon kacak, Fattah Amin, baru-baru ini membuat keputusan mengejut dengan menolak komisen hasil jualan kambing perap yang dipromosikannya di TikTok.
Fattah Amin Tolak Komisen
Fattah, atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, sebaliknya meminta agar kesemua komisen yang sepatutnya diterimanya diinfakkan kepada mereka yang memerlukan. Syarikat yang mengeluarkan jenama kambing perap itu sendiri mendedahkan perkara ini melalui perkongsian perbualan WhatsApp bersama pelakon filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah.
“Kami kecewa sebab beliau tolak komisen dan tak ambil satu sen atas penat lelah menjual kambing. Tapi kami bangga beliau yakin dengan rezeki yang telah ditakdirkan.”
Syarikat Bangga Dengan Tindakan Fattah
Syarikat tersebut turut menyatakan hasrat untuk berkongsi kisah ini sebagai inspirasi buat rakyat Malaysia.
“Tangan yang memberi adalah lebih baik dari yang menerima. Semoga dibalas segala kebaikan Fattah Amin.”
Walaupun begitu, amaun sebenar komisen yang ditolak oleh Fattah tidak didedahkan. Difahamkan, dalam tempoh tiga jam siaran langsung di TikTok, aktor tersebut berjaya menjual hampir 10,000 set kambing perap.
Tindakan Fattah ini mendapat pujian ramai, dan beliau dilihat sebagai contoh inspirasi dalam menunjukkan erti memberi tanpa mengharapkan balasan.
Sumber : Oh Bulan