“Fattah Handsome, Saya Susah Nak Cakap Berdepan Sebab Renungan Dia” – Staf Pak Mat Western
Sumber : Tiktok : @ayuuariffin84
Seorang staf jenama kambing perap terkenal, Pak Mat Western, yang dikenali sebagai Una, menghiburkan netizen dengan kisah pengalamannya ketika berjumpa dengan pelakon popular, Fattah Amin.
Renungan Mata Fattah Buat Tak Keruan
Menerusi TikTok, akaun @ayuuariffin84 berkongsi detik ketika Una menjawab soalan pengikutnya mengenai pengalaman berhadapan dengan pelakon kacak berusia 34 tahun itu. Menurut Una, dia mengakui sukar untuk berdepan secara terus dengan Fattah kerana renungan mata aktor tersebut membuatnya tergamam.
“Fattah bukan setakat handsome, tapi helok! Saya susah nak cakap secara berdepan sangat dengan Fattah sebab renungan mata dia. Bila dia bagi renungan macam tu, kita jadi macam, ‘Ehh tak bolehlah.’”
Kekal Profesional Walaupun Hati Berdebar
Walaupun ada yang bertanya sama ada Una ‘cair’ melihat Fattah Amin, dia menegaskan bahawa dirinya sentiasa profesional dalam bekerja. Namun, renungan mata Fattah tetap memberi kesan kepadanya, hingga membuatnya serba tak kena.
Menariknya, Una turut sempat berseloroh dengan menyanyikan bait lirik lagu ‘Ah! Rindu Lagi’ oleh penyanyi dangdut popular, Amelina, tetapi dengan lirik yang sedikit diubah mengikut situasi lucunya bersama Fattah.
“Tak adalah cair, biasa saja. Tapi masa itu rasa berdegup jantung bila Fattah pandang.”
Rata-rata pengikut terhibur dengan pengakuan jujur Una, yang berkongsi pengalaman tersebut dengan nada santai dan penuh kelucuan.
Netizen pun sempat bergurau, ‘Eh, syukur tak berlaku di Malaysia, kalau tak, mesti lagi kecoh!’