Ebby Yus tak sihat Jep Sepahtu datang melawat luangkan masa – ‘i Love You Abang’
Sumber : Oh Bulan
Pelawak popular Jep Sepahtu baru-baru ini berkongsi momen melawat pelawak lagenda, Ebby Yus, di Instagramnya.
Dalam perkongsian itu, Jep, atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin, memuat naik foto dirinya duduk di sisi Ebby yang kelihatan dalam keadaan kurang sihat. Di ruangan kapsyen, Jep mengungkapkan rasa sayang dan sokongan buat “abangnya” itu.
“Love you abang Ebby Yus,” tulisnya ringkas.
Ruangan komen dipenuhi dengan ucapan dan doa dari para peminat yang berharap agar Ebby segera sembuh dan kembali sihat seperti sediakala.
Sebelum ini, Ebby Yus menerima rawatan selama 17 hari di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat kegagalan buah pinggang, sebelum dibenarkan pulang pada 23 Oktober.
Menurut Berita Harian, Ebby, atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid, telah menjalani pembedahan kecil untuk memasukkan tiub di perutnya sebagai persediaan menjalani rawatan dialisis air di rumah.