· ·

Cik Epal Tuntut Dewi Mohon Maaf Terbuka & Bayar RM1 Juta Ganti Rugi!

Sumber : Cik Epal

Drama rumah tangga influencer Cik Epal dengan bekas suaminya, Jofliam, terus hangat diperkatakan. Kini, Cik Epal menuntut tindakan tegas terhadap individu ketiga yang didakwa menjadi punca pergolakan mereka, seorang wanita dikenali sebagai Dewi atau nama sebenarnya Emira Delyati Dewi.

Dewi, dalam satu rancangan di Astro, mendakwa bahawa Cik Epal pernah menawarkan dirinya sebagai isteri kedua Jofliam. Malah, Dewi turut mengaku Cik Epal pernah menangis meminta maaf atas masalah yang berlaku hingga menyebabkan kehancuran rumah tangga mereka.

Sumber : Cik Epal
Sumber : Cik Epal
Sumber : Cik Epal
Sumber : Cik Epal

Namun, menerusi Instagram, Cik Epal memuat naik gambar surat tuntutan dari peguamnya, menuntut Dewi untuk membuat permohonan maaf terbuka dan membayar ganti rugi RM1 juta. Katanya, jika Dewi gagal memenuhi tuntutan dalam masa tujuh hari, Cik Epal akan membawa perkara ini ke mahkamah untuk tindakan selanjutnya.

Adakah Dewi akan tampil memohon maaf atau bersedia menghadapi tindakan mahkamah?