· ·

Perigi ‘Ion’ Dikhabarkan Sembuhkan Penyakit Kronik? KKM Buka Mulut!

Sumber : The Vocket

Di saat ramai memilih rawatan moden, tak kurang juga yang masih mempercayai rawatan tradisional meskipun tiada bukti kukuh keberkesanannya. Terbaru, satu perigi di Ulu Sepri, Rembau menjadi tumpuan kerana didakwa menawarkan rawatan terapi ion buatan manusia pertama di Malaysia, dikatakan mampu menyembuhkan pelbagai penyakit kronik seperti strok dan radang saraf.

Bukan itu sahaja, pusat terapi ini turut mendakwa mandian perigi itu boleh ‘membuang aura negatif,’ menjadikannya popular di kalangan warga emas yang sanggup beratur panjang untuk mencuba. Namun, di sebalik dakwaan tersebut, netizen mula curiga, mempersoalkan logik merawat pelbagai penyakit hanya dengan air perigi yang dicaj pada harga RM50 sebaldi, dan minyak sapuan RM50.

Beberapa individu yang sudah mencuba pula meluahkan kekecewaan apabila rawatan ini tidak membawa hasil seperti dijanjikan. Melihat semakin ramai terpengaruh, netizen mendesak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengambil tindakan. KKM kini sedang menyiasat perkara ini dan menasihati orang ramai agar tidak terpedaya dengan rawatan tanpa bukti sahih yang sering mempergunakan kepercayaan masyarakat.