Farid Kamil Bertegas Mahu Selamatkan Rumah Tangga, Diana Danielle Beri Respon? – ‘Hipokrit’
Sumber : Oh Bulan
Pelakon jelita, Diana Danielle mencuri perhatian apabila memuat naik satu hantaran menerusi Instagram Storynya hanya beberapa minit selepas suaminya, Farid Kamil, bertegas mahu mempertahankan rumah tangga mereka.
Dalam hantaran tersebut, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson dilihat seakan-akan melabel suaminya sebagai “hipokrit.”
Namun, hantaran itu dipadam beberapa minit kemudian, menimbulkan persoalan netizen tentang apa yang sebenarnya berlaku.
Sebelumnya, Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari menyatakan bahawa dia masih sayang keluarganya dan akan cuba sedaya upaya mempertahankan perkahwinannya dengan Diana. Kenyataan itu dibuat selepas Diana mengumumkan hasrat untuk memfailkan penceraian buat kali kedua.
Untuk rekod, pasangan ini pertama kali bercerai pada Ogos tahun lalu sebelum rujuk dalam masa 21 hari. Mereka mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad, 11, dan Nur Aurora, 9 tahun.