“Nervous tu” – Ira Kazar Nyanyi Live ‘Jangan Kau Mimpi’ Curi Tumpuan Netizen
Sumber : Lobak Merah
Pempengaruh dan anak kepada pelakon Kazar Saisi, Ira Kazar, membuat kemunculan istimewa dengan menonjolkan bakat nyanyiannya menerusi satu hantaran di Instagram Astro Gempak. Dalam video tersebut, Ira dilihat menyanyikan lagu popular “Jangan Kau Mimpi” yang dinyanyikan oleh Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin.
Dari segi penampilan, Ira tampil anggun dalam busana serba hitam dan tidak hanya menyanyi, malah turut menari dengan ceria dan penuh keyakinan. Keberaniannya itu pastinya menarik perhatian netizen, yang tidak melepaskan peluang untuk memberikan respons terhadap penampilannya.
Sebelum ini, Ira, yang merupakan bekas pasangan pelakon dan pengarah Syamsul Yusof, mengakui menerima banyak tawaran untuk menyanyi dan berkemungkinan akan mengeluarkan single tidak lama lagi. Video ini mungkin menandakan langkah awal Ira dalam mengembangkan karier muziknya.
Di ruangan komen, pelbagai reaksi netizen dapat dilihat. Ada yang menyatakan Ira mungkin gementar, dengan suara yang kedengaran sedikit bergetar, tetapi tidak kurang juga yang memuji bakat nyanyiannya. Rata-rata netizen terkejut dan kagum mendapati Ira Kazar memiliki bakat menyanyi yang tidak diduga.