Cik Epal Umum Dah Habis Idah – ‘Yang Single & Helok, Dah Boleh Masuk Line’
Pempengaruh terkenal, Cik Epal atau nama sebenarnya Murni Mahmud, mencuri perhatian apabila mengumumkan bahawa beliau kini telah habis tempoh iddah dan bukan lagi isteri kepada sesiapa.
Cik Epal Dah Habis Idah
Pengumuman ini dibuat sendiri oleh Cik Epal melalui satu hantaran di Instagram (IG).
Apa yang lebih menarik, ibu kepada dua orang anak ini sempat berseloroh, meminta mana-mana lelaki bujang atau duda yang sesuai untuk mencuba nasib berkenalan dengannya sekarang, memandangkan beliau kini berstatus solo.
“Aku dah habis idah dan sekarang aku bukan lagi isteri siapa-siapa. Macam pernah dengar kan ‘statement’ ini? Cuma tukar subjek je, hihi. Buat Datuk, Datuk Seri, Tan Sri, duda hot, lelaki bujang (asalkan helok dan single) dah boleh masuk line. Hahaha”
Di akhir hantarannya, Cik Epal turut menegaskan bahawa beliau tidak berminat untuk berkenalan dengan lelaki yang sudah berstatus suami orang.
“Yang benar, Cik Epal tak hamak suami orang.”
Hantaran tersebut mendapat perhatian ramai, di mana rata-rata pengikutnya terhibur dengan kapsyen bersahaja yang ditulis oleh Cik Epal.
Imbas Kembali
Untuk pengetahuan, Cik Epal sebelum ini mengesahkan bahawa beliau telah bercerai dengan suaminya selepas 10 tahun berkahwin. Cik Epal dan Jofliam mendirikan rumah tangga pada 1 Jun 2014 dan dikurniakan dua orang anak, iaitu Han dan Yuki.
Sumber : Oh Bulan