| | | |

Isteri Fizo Omar Sekali Lagi Curi Tumpuan Netizen, Berjaya Dapat IELTS Band 7!

Isteri kepada pelakon Fizo Omar, Fazeera Nazri, atau lebih mesra dikenali sebagai Faz, sekali lagi mencuri perhatian netizen selepas berkongsi kejayaannya mendapat keputusan cemerlang dalam ujian IELTS.

Sebelum ini, Faz telah meluahkan rasa syukur kerana berjaya menamatkan pengajian peringkat ijazah dengan cemerlang dan kini bekerja sebagai pensyarah dalam bidang TESL di sebuah universiti swasta.

Menerusi perkongsian di Instagram, Faz menunjukkan keputusan yang diraihnya dalam ujian IELTS yang mempunyai empat kategori. Ujian tersebut dilihat tidak sukar bagi Faz, kerana dia berjaya memperoleh markah yang sangat baik di setiap bahagian.

Bagi ujian pendengaran dan percakapan, Faz memperoleh markah 7.5 yang sangat tinggi. Manakala untuk ujian membaca, Faz mendapat 6.5, dan bagi ujian penulisan, Faz mendapat 6.0. Secara keseluruhan, Faz berjaya meraih band 7.

Di ruangan komen, ramai netizen mengucapkan tahniah dan memuji kejayaannya. Mereka menyatakan bahawa ujian IELTS bukanlah mudah, namun Faz berjaya membuktikan kemampuannya.

“Suka semangat puan!” kata seorang netizen yang turut memberi sokongan.

Sumber : Oh Bulan

Similar Posts