| | | |

‘Ramainya Yang Memaki & Mencaci, Lagu Duet Bukan Senang Dinyanyikan Seorang’ – Abby Abadi Tampil ‘Back Up’ Fazura

Ketika ramai netizen mengkritik nyanyian pelakon dan penyanyi, Nur Fazura, yang membawakan lagu terbaharunya berjudul Bertahan Demi Cinta, aktres Abby Abadi tampil mempertahankan.

‘Banyaknya yang mencaci’

Abby, yang kini berusia 46 tahun, menyatakan bahawa nyanyian Fazura tidaklah seteruk yang diperkatakan oleh sesetengah netizen. Menurutnya, lagu tersebut asalnya dinyanyikan secara duet, jadi tidak mudah untuk menyanyikan lagu itu seorang diri.

Abby juga memahami bahawa Fazura hanya melaksanakan tanggungjawabnya apabila diundang untuk mengadakan persembahan di sebuah program di Indonesia baru-baru ini.

“Okay je, comel Fazura nyanyi. Lagu duet nyanyi berdua bukan senang nak dinyanyikan seorang. Lagi pula minus one kosong, kira okay la kan. Bukan pertandingan pun. Ramainya yang mencaci, memaki Fazura. Dia ke sana (Indonesia) dipanggil kerja, tentu ada bayaran. Silap-silap dibayar dengan USD. Korang maki-maki dapat apa? Dah tak suka tu semua benda tak kena, istighfar banyak-banyak.”

Abby berkongsi pandangannya itu menerusi sebuah hantaran di Instagram Story miliknya.

Jaga kata-kata

Selain itu, Abby turut menasihati netizen supaya menjaga adab ketika meninggalkan komen supaya tidak mendatangkan dosa.

“Nak tulis apa pun, hak masing-masing. Tapi peringatan okay, semua akan mati. Segala perbuatan kita terkait dengan dosa dan pahala. Rasa nak maki, caci orang ikut suka hati, tapi sempat tak nak minta maaf nanti?”

Sebelum ini, Fazura menarik perhatian ramai apabila membuat penampilan sulung di sebuah program di Indonesia selepas sah bercerai dengan aktor Fattah Amin pada 7 Oktober lalu. Penampilannya di acara temu bual itu juga mengundang pelbagai reaksi wargamaya, terutama selepas dia memperkenalkan lagu terbaharunya, Bertahan Demi Cinta, yang mendapat kritikan kerana dianggap agak sumbang oleh sesetengah netizen.

Sumber : Oh Bulan

Similar Posts