· ·

Dewi umumkan telah berundur Dari Bersama Pizza Wagyu Jofliam, Fokus Pada Perniagaan Sendiri

Isu yang melibatkan cef piza terkenal Jofliam masih menjadi bualan hangat, kali ini dengan pengumuman terkini dari PA beliau, Emira Delyati Dewi, yang membuat keputusan untuk berundur daripada perniagaan Pizza Wagyu Jofliam.

Menerusi satu hantaran di Instagram yang dimuat naik sekitar sejam lalu, Dewi menjelaskan bahawa dia ingin memberi perhatian sepenuhnya kepada perniagaan sendiri dan tidak lagi terlibat dalam operasi Pizza Wagyu Jofliam.

“Assalamualaikum, saya telah memutuskan untuk berundur daripada Pizza Wagyu Jofliam bagi memberi tumpuan penuh kepada perniagaan saya. Terima kasih atas segala pengalaman dan peluang yang telah diberikan, termasuk menjadi salah seorang daripada Top 100 Best Pizza Chef in the World. Saya berharap kejayaan terus mengiringi pasukan ini,” jelas Dewi dalam pengumumannya.

Dewi turut merakamkan penghargaan kepada Jofliam, yang telah memberi ruang untuknya berkembang dalam pasukannya. Walau bagaimanapun, ruangan komen di hantaran tersebut telah ditutup, namun ia masih mendapat sambutan yang tinggi dengan 2,474 tanda suka dalam masa yang singkat.

Sumber : Lobak Merah