“Kita Tengoklah…” – Peguam ‘Abang Bas’ Sahkan Saman Terhadap Dua Selebriti Wanita
Ini bukan sekadar gertak, dua selebriti wanita yang dikatakan telah memfitnah ‘Abang Bas’ bakal berdepan dengan tindakan undang-undang.
Peguam kepada Abang Bas, Datuk Ahmad Zaharil, mengesahkan yang pihaknya sudah pun memfailkan saman terhadap dua selebriti itu, yang didakwa menyebabkan fitnah dan kecaman kepada lelaki berkenaan.
Zaharil menjelaskan bahawa saman tersebut telah difailkan oleh peguam lain di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur minggu lepas.
“Kami dah failkan saman untuk dua selebriti tu. Untuk netizen, belum lagi,” katanya.
Zaharil turut menyatakan, “Yang dua selebriti tu, kita tengoklah… Bukan nak cakap banyak, tapi hukum karma akan tetap berlaku.”
Berkenaan dengan Abang Bas, Zaharil juga memberitahu bahawa lelaki itu kini sudah mula bekerja semula dan menjalani kehidupan yang lebih ‘low profile’.
Sebelum ini, Zaharil pernah memberi amaran bahawa jika pihak yang terlibat mahu mengelakkan tindakan undang-undang, mereka masih ada peluang untuk memohon maaf kepada keluarga Abang Bas.
Pada bulan September, Abang Bas didakwa di Mahkamah Muar atas tuduhan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan, namun dia dibebaskan dengan jaminan RM40,000 sementara menunggu kes itu disebut semula.
Sumber : Lobak Merah