Fazura Tampil Buat Laporan Polis, Dakwa Difitnah di IG?
Pelakon popular Nur Fazura dikhabarkan telah membuat laporan polis selepas dikatakan menjadi mangsa fitnah di Instagram oleh seorang wanita.
Menurut laporan, Fazura, 41, dilihat hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, Selangor pada hari Khamis yang lalu. Walaupun belum banyak maklumat didedahkan, kehadiran beliau dipercayai berkait dengan komen yang didakwa berunsur fitnah.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaa’afar, turut mengesahkan bahawa laporan daripada pelakon tersebut telah diterima.
Sebelum ini, Fazura ada memuat naik gambar di Instagram sewaktu di Jabatan Siasatan Jenayah, tetapi tidak menyebut sebab sebenar dia berada di balai polis tersebut. Apa sebenarnya yang berlaku?
Sumber : Oh Bulan