· ·

Netizen Terkejut Lihat Amelia Henderson Pakai Gaun Seksi Dedah Perut & Dada – ‘Amat Dahsyat!’

Sumber : Oh Bulan

Penampilan pelakon Amelia Henderson dalam gaun hitam yang digayakannya ketika menghadiri sebuah anugerah fesyen pada Jumaat lalu telah mencetuskan pelbagai reaksi dari warganet.

‘Seksi Sangat’

Dalam acara yang berlangsung di ibu kota itu, Amelia tampil dengan gaun seksi hasil rekaan pereka fesyen terkenal tanah air. Namun, gaun tersebut dikritik ramai kerana terlalu mendedahkan, memperlihatkan bahagian perut serta dada sehingga menampakkan lurah payudara aktres tersebut.

Penampilan Amelia itu menerima pelbagai komen negatif, dengan ramai yang kurang selesa melihat selebriti tersebut dalam persalinan sebegitu.

Menurut warganet, Amelia sebenarnya sudah memiliki kecantikan yang tersendiri dan tidak perlu mengenakan pakaian yang begitu seksi. Ramai juga yang mengingatkan agar tidak menormalisasikan gaya pakaian seksi di Malaysia, lebih-lebih lagi apabila dikenakan oleh figura umum seperti Amelia.