| | | |

Ruhainies Terhibur Dengan Khabar Angin Dakwa Sudah Bernikah Dengan Zul Ariffin – ‘Semoga Halal Hasilnya’

Sumber : Oh Bulan

Pelakon popular, Ruhainies menafikan dakwaan yang tersebar bahawa dia sudah bernikah dengan aktor terkenal, Zul Ariffin.

Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 32, menjelaskan bahawa berita tersebut adalah palsu dan meminta orang ramai agar tidak mudah percaya dengan spekulasi murahan seperti itu.

“Untuk para netizen yang saya sayangi, jangan biarkan pihak yang tidak bertanggungjawab ini memperdayakan korang, okay? Korang semua bijak menilai. Sekarang ni terlalu banyak berita palsu, tekan-tekan rupanya iklan Shopee. Semoga korang semua bahagia dan murah rezeki, halal hasilnya,” tulisnya di Instagram Story.

Dalam hantaran lain, Ruhainies turut memuat naik tangkapan skrin artikel yang menggunakan tajuk “Terbongkar akhirnya, Zul Ariffin dan Ruhainies sebenarnya dah kahwin.”

Ruhainies bagaimanapun tidak mengambil serius berita palsu itu, malah mengakui terhibur dengan khabar angin tersebut.

“Saya tak marah pun, cuma saya rasa lucu dan sangat menghiburkan. Memang buat hari saya ceria,” jelasnya.

Sebelum ini, Ruhainies pernah dikaitkan dengan dakwaan bakal berkahwin dengan aktor sensasi, Aliff Aziz, namun beliau menafikan khabar tersebut.

Similar Posts