| | | |

Dugaan Bisnes Shuib! Didenda RM17,500 Kerana Gagal Bayar Caruman Perkeso – Netizen Tegur, Ada Beza Antara Dugaan dan Culas Tanggungjawab!

Sumber : Oh Bulan

Syarikat milik pelawak popular, Shuib, baru-baru ini dijatuhkan hukuman denda RM17,500 oleh Mahkamah Majistret Shah Alam atas tujuh pertuduhan, termasuk kegagalan membayar caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi pekerja, tahun lalu.

Mengaku Salah dan Sedia Belajar Dari Kesilapan

Dalam kenyataannya kepada Harian Metro, Shuib menganggap denda tersebut sebagai satu cabaran dalam dunia perniagaan. Dia menyatakan kesediaannya untuk memperbaiki segala kekurangan dalam perniagaan yang dijalankan dan mengaku bahawa pihak syarikat telah mengakui kesalahan serta membayar denda tersebut. Shuib turut mengakui bahawa berita ini sedikit sebanyak menjejaskan jenama Bubblebee, namun beliau tetap komited menghadapi dugaan dalam perniagaan.

Pengarah-Pengarah Mengaku Bersalah

Dua pengarah syarikat, Shuib dan Koh Choon Guan, turut hadir di hadapan Majistret Ameera Mastura Khamis, di mana mereka mengaku bersalah atas semua pertuduhan. Jika gagal membayar denda, mereka berdepan hukuman penjara selama dua bulan.

Butiran Pertuduhan: Gagal Bayar Caruman Perkeso

Mengikut tiga pertuduhan pertama, syarikat didapati gagal membayar caruman majikan dan pekerja kepada Perkeso bagi seorang pekerja lelaki berusia 25 tahun, melibatkan jumlah RM97.80 untuk tempoh Oktober hingga Disember 2023. Tindakan ini melanggar Seksyen 6 (1) dan (8) Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 serta Peraturan 32 Peraturan Am Keselamatan Sosial Pekarja 1971.

Pertuduhan Tambahan dan Kesalahan Lain

Untuk pertuduhan keempat hingga keenam, syarikat itu mengaku gagal membayar jumlah caruman keseluruhan sebanyak RM17.40 mengikut Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800). Selain itu, pertuduhan ketujuh mendakwa syarikat gagal mematuhi saman yang dikeluarkan di bawah Seksyen 110 (1) Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969. Kesalahan ini membawa risiko hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM10,000, atau kedua-duanya sekali.

Similar Posts