| | | |

Fattah Amin ‘Meletup’! Baju Eksklusif Laris Dalam 2 Minit Sahaja

Sumber : Oh Bulan

Fattah Amin, nama yang kian melonjak dalam dunia hiburan, terus jadi kegilaan peminat!

Baru-baru ini, pelakon tampan berusia 34 tahun itu sekali lagi mencipta sejarah apabila baju edisi terhad yang dilancarkannya habis terjual dalam masa dua minit sahaja.

Pada hari Isnin lepas, Fattah melancarkan baju ‘merchandise’ eksklusif menerusi siaran langsung di TikTok. Baju jenis t-shirt tersebut hadir dalam tiga warna pilihan iaitu biru muda, hitam, dan coklat, dengan harga RM74 setiap helai. Direka dengan gaya ‘oversize’, baju ini sesuai untuk lelaki dan perempuan.

Dalam siaran langsung itu, Fattah yang juga pelakon filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah meluahkan rasa syukur atas sokongan luar biasa peminat. Dia sendiri tidak menjangkakan koleksi tersebut akan habis terjual secepat kilat!

Sementara itu, peminat-peminat Fattah meluahkan rasa gembira melihat rezeki pelakon kesayangan mereka. Ramai yang berharap Fattah akan mengeluarkan lebih banyak ‘merchandise’ di masa akan datang agar tiada peminat yang kecewa.

Similar Posts